full screen background image

Click to enlarge

Tuesday, 28 February 2012

PENGENALAN



1.1 Usahawan merupakan suatu aset penting dalam pembangunan ekonomi negara kini. Bidang keusahawanan merupakan kerjaya pilihan masa kini dan merupakan antara peluang kerjaya yang sangat luas untuk diterokai sepenuhnya oleh sesiapa sahaja. Melalui keusahawanan, pelbagai peluang dapat diterokai seterusnya dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan seterusnya mengurangkan masalah pengangguran yang menjadi dilema para graduan pada masa kini. Justeru, ia dilihat sebagai bidang yang mempunyai prospek yang luas serta mula memupuk minat mahasiswa untuk menceburkan diri dalam bidang ini.



1.2 Di samping itu, bidang keusahawanan juga bukan sahaja membangunkan ekonomi negara, secara amnya malah ia juga mampu membangunkan ekonomi masyarakat Islam pada masa kini. Bagi merealisasikan harapan kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara, suatu inisiatif perlu diambil bagi mencapai hasrat tersebut. Secara tidak langsung, bidang keusahawanan dapat diluaskan lagi dengan kehadiran produk-produk baru yang jauh lebih berkualiti.



1.3 Selain mewujudkan peluang pekerjaan dan mampu menjana pendapatan, penerokaan serta penghasilan produk-produk baru yang berdaya saing dapat meningkatkan kualiti produk seterusnya boleh dipasarkan peringkat antarabangsa.



1.4 Oleh yang demikian, kesinambungan Konvensyen Keusahawanan Islam 2012 (iCEPS8 2012) yang akan diadakan pada 27 September hingga 30 September 2012 bertempat di Stadium Tertutup Nilai akan diteruskan. Tema konvensyen pada kali ini ialah ”MAHASISWA PEMANGKIN KEUSAHAWANAN ISLAM”.




1.5 Sempena penganjuran iCEPS8 2012, diharap mampu mencapai objektif utama konvensyen ini iaitu memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada peserta berkaitan keusahawanan dan konsep perlaksanaannya. Pelbagai mini ekspo juga diadakan bersempena dengan konvensyen pada kali ini. Ekspo ini diharapkan dapat menjadi teras dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berlandaskan syariat Islam. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu wadah bagi mengenengahkan bidang dan bakat keusahawanan di kalangan masyarakat Islam dengan lebih meluas lagi di serata dunia. Diharapkan iCEPS8 2012 kali ini dapat menjadi satu landasan bagi mewujudkan serta melahirkan usahawan yang berlandaskan syariah Islam di Malaysia khususnya dan di peringkat global amnya.

Objektif ICEPS8 2012


1.1 Memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada peserta berkaitan keusahawanan dan konsep perlaksanaannya. Ia juga menyediakan ruang dan peluang kepada para peserta bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dalam bidang keusahawanan agar ia mampu untuk dijadikan sebagai medium untuk membangunkan umat Islam di negara ini.



1.2 Menggalakkan peserta khususnya mahasiswa/i melibatkan diri secara aktif dalam program keusahawanan demi meningkatkan ekonomi negara sekaligus membuka ruang baru membina jaringan perniagaan.



1.3 Mempromosikan lagi USIM kepada masyarakat umum sebagai Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang sedang meningkat maju.


1.4 Sebagai persediaan kepada pelajar-pelajar USIM dalam menghadapi alam pekerjaan. Meningkatkan daya saing serta semangat juang yang tinggi di kalangan mahasiswa/i USIM.


1.5 Merealisasikan agenda kerajaan iaitu meningkatkan golongan usahawan di kalangan bumiputera dan seterusnya meningkatkan perkembangan ekonomi negara.

Wednesday, 22 February 2012

Logo designer contest

Click at the image to zoom in:)

Timeline Program ICEPS 8

Senarai aktiviti untuk program penjanaan.
Semua tertaluk kepada terma dan syarat.
Click at the image to zoom in:)

Iklan iCEPS 8 (Sticky Post)

 
x

iCEPS 8 2012


Get This