full screen background image

Click to enlarge

Tuesday 28 February 2012

PENGENALAN



1.1 Usahawan merupakan suatu aset penting dalam pembangunan ekonomi negara kini. Bidang keusahawanan merupakan kerjaya pilihan masa kini dan merupakan antara peluang kerjaya yang sangat luas untuk diterokai sepenuhnya oleh sesiapa sahaja. Melalui keusahawanan, pelbagai peluang dapat diterokai seterusnya dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan seterusnya mengurangkan masalah pengangguran yang menjadi dilema para graduan pada masa kini. Justeru, ia dilihat sebagai bidang yang mempunyai prospek yang luas serta mula memupuk minat mahasiswa untuk menceburkan diri dalam bidang ini.



1.2 Di samping itu, bidang keusahawanan juga bukan sahaja membangunkan ekonomi negara, secara amnya malah ia juga mampu membangunkan ekonomi masyarakat Islam pada masa kini. Bagi merealisasikan harapan kerajaan dalam membangunkan ekonomi negara, suatu inisiatif perlu diambil bagi mencapai hasrat tersebut. Secara tidak langsung, bidang keusahawanan dapat diluaskan lagi dengan kehadiran produk-produk baru yang jauh lebih berkualiti.



1.3 Selain mewujudkan peluang pekerjaan dan mampu menjana pendapatan, penerokaan serta penghasilan produk-produk baru yang berdaya saing dapat meningkatkan kualiti produk seterusnya boleh dipasarkan peringkat antarabangsa.



1.4 Oleh yang demikian, kesinambungan Konvensyen Keusahawanan Islam 2012 (iCEPS8 2012) yang akan diadakan pada 27 September hingga 30 September 2012 bertempat di Stadium Tertutup Nilai akan diteruskan. Tema konvensyen pada kali ini ialah ”MAHASISWA PEMANGKIN KEUSAHAWANAN ISLAM”.




1.5 Sempena penganjuran iCEPS8 2012, diharap mampu mencapai objektif utama konvensyen ini iaitu memberikan pengetahuan dan pemahaman yang jelas kepada peserta berkaitan keusahawanan dan konsep perlaksanaannya. Pelbagai mini ekspo juga diadakan bersempena dengan konvensyen pada kali ini. Ekspo ini diharapkan dapat menjadi teras dalam melahirkan usahawan-usahawan yang berlandaskan syariat Islam. Ia juga boleh dijadikan sebagai satu wadah bagi mengenengahkan bidang dan bakat keusahawanan di kalangan masyarakat Islam dengan lebih meluas lagi di serata dunia. Diharapkan iCEPS8 2012 kali ini dapat menjadi satu landasan bagi mewujudkan serta melahirkan usahawan yang berlandaskan syariah Islam di Malaysia khususnya dan di peringkat global amnya.
Comments
0 Comments

No response to “PENGENALAN”

Leave a Reply

Iklan iCEPS 8 (Sticky Post)

 
x

iCEPS 8 2012


Get This